Make your own free website on Tripod.com

banner

Pendidikan

 

 

sekolah

Imam al-Ghazali belajar di sebuah sekolah yang menyediakan biaya hidup bagi muridnya. Gurunya adalah Yusuf an-Nassi yang juga seorang Sufi sehingga tamat dan melanjutkan pelajaran ke Kota Jurjan (Kota Ilmu). Di Kota Jurjan beliau mendalami bahasa Arab dan Parsi serta pengetahuan agama. Kemudian kembali ke Kota Tus dan kemudian ke Nisabur bagi mendalami ilmu.

 

 

 

sekolah

Beliau memasuki Madrasah Nizamiyah di Nisabur yang dipimpin oleh Imam al-Haramain al-Juwaini. Di situ beliau mempelajari ilmu Usul Fikh, Ilmu Mantik dan Ilmu Kalam. Kerana bakatnya beliau dilantik menjadi pembantu gurunya dan diberikan kepercayaab mengajar menggantikannya setiap kali gurunya tiada. Di Nisabur inilah bakat penulisannya terus berkembang.

 

pindah

Setelah gurunyameniggal dunia beliau menuju ke Muaskar bagi memenuhi permintaan Perdana Menteri Nizam al-Mulk, pengasas Madrasah Nizamiyah. Di sini beliau kian masyhur di kalangan pembesar kerajaan dan ulama intelektual. Pada tahun 1095 beliau mengundur diri setelah lima tahun menjadi pensyarah.

 

ilmuan

Pada tahun 1095 Imam al-Ghazali mengembara dari satu tempat ke satu tempat lain. Selama 10 tahun beliau menjalani kehidupan sebagai seorang sufi. Sehingga mengarang sebuah buku iaitu Ihya Ulum ad-Din. Kitab inilah menjadi panduan Fikh dan Taswauf sehingga kini.

Pada tahun 1105, Imam al-Ghazali kembali mengajar di Madrasah Nizamiyah sebelum kembali ke Kota Tus tempat kelahirannya. Di situ beliau menubuhkan sebuah halaqah iaitu sekolah khusus untuk calon sufi yang diasuhnya sehingga beliau wafat.

Beliau meninggal dunia pada Selasa 15 Jamadil Akhir 505 Hijrah bersamaan 19 Disember 1111 Masihi di Kota Tus.